kAMi & mEreKA

assalamualaikum............

Hmmm..2 hari yang lalu..kami group 3, 4th year berjaya membuat lawatan “mesra” ke Sek pendidikan khas Kelantan.Saat kaki melangkah masuk,tetibe terbayang memori lalu…Sekolah menegahku dulu pon pernah ada kelas khas untuk mereka yg istimewa ini..dan dari situ aku belajar menggunakan bahasa isyarat.Walaupun kami berbeza,tapi mereka tidak lokek ilmu..mengajarkan aku tentang bahasa isyarat mereka…dan seperti biasa,aku jenis yang slow sikit untuk memahami sesuatu perkara,so..terpaksalah mereka mengajar aku berulang kali..tanpa jemu..sehingga aku faham..Di kantin dan di surau,apabila terserempak dengan golongan istimewa ini,aku mempraktikkan apa yang dipelajari…alhamdulillah difahami…

Tapi …”ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah”..aku berpindah sekolah..jadi segala finger sign yang aku pelajari hilang begitu sahaja…

2hari yang lalu,lawatan itu telah mengembalikan ingatan aku terhadap mereka..Ade sedikit perbezaan yang dapat aku perhatikan…Di sekolah aku dulu,mereka berumur antara 15-17 tahun,tapi di sekolah khas ini mereka begitu muda..semuda 6-7thun.Saat aku perhatikan mereka,hati ini bergetar…Ya ALLAH,diusia muda sebegitu,mereka sudah kehilangan nikmat mendengar dan bercakap..sedangkan aku..masih dikekalkan dgn nikmat itu tp…malangnye masih tidak digunakan dgn sebaiknya…Betapa beruntungnya aku dan sahabat yang lain..tapi manusia..tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada…

Sekolah khas itu menempatkan mereka yang berusia 6/7 thn-14 tahun.Disana ,seperti kanak-kanak normal yang lain,mereka belajar mengenal A,B,C(melalui finger sign)…dan uniknya,mereka mempunyai kod nama masing-masing.Jadi,tidak perlulah mereka mengeja satu-persatu abjad untuk nama mereka.Mereka juga disediakan kemudahan asrama since sekolah ini satu-satunya sekolah khas di Kelantan.Bayangkan..semuda 6/7 thn (darjah 1)sudah berada diasrama..dan menurut guru mereka..apabila sudah 2 minggu,mereka mula menangis rindukan ibu bapa masing-masing…saat itu..hati aku turut menangis(T-T)..YA ALLAH..betapa tabahnya mereka… diusia sebegitu muda,kanak-kanak yang sebaya mereka….berada disamping ibu bapa masing-masing,ke sekolah dijemput,ketika pulang dijemput..tapi mereka??


~kami dan mereka~


~group 3~





Daripada Abu Said al-Khudri,Nabi S.A.W. bersabda..”seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar”…Semoga kesabaran mereka akan kehilangan nikmat mendengar dan bercakap akan dihadiahkan sesuatu yang lebih berharga dari ALLAH.

“YA ALLAH aku pohon pada –Mu semoga mereka berjaya dunia dan akhirat,menjadi anak yang soleh dan solehah dan bermanfaat kepada agama,bangsa dan Negara…”

0 comments:

Post a Comment

Let's Click

..::AbOut mE::..



nUr dALiLaH bT mOHd zIn
uNivERsiTi SaInS mALaySIa
kAMpuS kEsIHataN
mEdicaL sTudeNt

GmAiL:elaheiman


YM