TIPS ADAB MUSLIMAT BERURUSAN DENGAN MUSLIMIN

..Sebagai wanita/perempuan/muslimah..sometimes kite jugek akan terpk..adakah tindakan aku betul bile berbicara dgn lelaki/muslimin??..post kali ni just nak share something..wlwpun sedikit..mungkin akan memberi impak yg sgt besar untuk kite..ke arah peribadi yang lebey baek...sebelum tu..nak mtk izin dari phak yg terlibat untuk berkongsi sedikit ilmu..semoga ianya menjadi panduan kepada kite..(peringatan utk diri juge..)

penulis :mufidah
editor :azzahra_solehah

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi.
Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani
oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan
hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka.
Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang
untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam
hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation
kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya
minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium
perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh
:maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu,
tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain
yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan
yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya
keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain
jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam
berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini
ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga
menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti
mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.
Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita
sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH!
Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik
kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut,
banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan
lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada
panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication
skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person
you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan
sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang
berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati”
itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali
Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada
isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan
hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana
kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan
dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para
sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm
kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan
apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam
Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah
pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada
students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team
lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So,
apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak
payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat
lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah
secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali
sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH
dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan

orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.



~mOtiVaTioN of LiFE~

~bosan.xtaw nak buat ape...supposely study..tp xde mood..hohoh..so layan iluvislam...tetibe jumpe this article..sgt bermotivasi...n alhamdulillah..walaupon bukan 100% semangat ku pulih,at least..ia memberiku semangat....kepada editor n pengarangnye..mohon izin untuk berkongsi article kamu ..~

Motivations Of Life
www.iluvislam.com
Oleh : An Nisa

The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES* can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

emotions smiley-wink smiley-smile smiley-laughing smiley-cool

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.

aku chenta medical~

CNY holiday hampir tamat..ade lg 7 jam kot..hmm..esok..ya ..esok aku dan sehabat group 3 akan menyambung perjuangan kami di medical posting..7s and 7u menjadi tumpuan..
Dari 1st day kaki melangkah ke depart.medical,hati seakan memberontak..mampukah aku teruskan langkah??sebetulnya..sebelum habis ORL posting lagi aku dah pasang mind setting yg x berape best.."medical ni stressfulll"...akibatnye..mmg sudah dijangka..mmg xde feel langsung..
Seminggu yg ku lalui sebelum CNy holiday seakan sia2 sahaja...kata2 semangat dari dr ng seperti 'mencurah air ke daun keladi'...aish..ape kene dgn kamu ni??

dalilah!!bertahan..ade lagi 2 je posting..psychi n neuro...uh...can't wait for the ending....

p/s:kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.




kAMi & mEreKA

assalamualaikum............

Hmmm..2 hari yang lalu..kami group 3, 4th year berjaya membuat lawatan “mesra” ke Sek pendidikan khas Kelantan.Saat kaki melangkah masuk,tetibe terbayang memori lalu…Sekolah menegahku dulu pon pernah ada kelas khas untuk mereka yg istimewa ini..dan dari situ aku belajar menggunakan bahasa isyarat.Walaupun kami berbeza,tapi mereka tidak lokek ilmu..mengajarkan aku tentang bahasa isyarat mereka…dan seperti biasa,aku jenis yang slow sikit untuk memahami sesuatu perkara,so..terpaksalah mereka mengajar aku berulang kali..tanpa jemu..sehingga aku faham..Di kantin dan di surau,apabila terserempak dengan golongan istimewa ini,aku mempraktikkan apa yang dipelajari…alhamdulillah difahami…

Tapi …”ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah”..aku berpindah sekolah..jadi segala finger sign yang aku pelajari hilang begitu sahaja…

2hari yang lalu,lawatan itu telah mengembalikan ingatan aku terhadap mereka..Ade sedikit perbezaan yang dapat aku perhatikan…Di sekolah aku dulu,mereka berumur antara 15-17 tahun,tapi di sekolah khas ini mereka begitu muda..semuda 6-7thun.Saat aku perhatikan mereka,hati ini bergetar…Ya ALLAH,diusia muda sebegitu,mereka sudah kehilangan nikmat mendengar dan bercakap..sedangkan aku..masih dikekalkan dgn nikmat itu tp…malangnye masih tidak digunakan dgn sebaiknya…Betapa beruntungnya aku dan sahabat yang lain..tapi manusia..tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada…

Sekolah khas itu menempatkan mereka yang berusia 6/7 thn-14 tahun.Disana ,seperti kanak-kanak normal yang lain,mereka belajar mengenal A,B,C(melalui finger sign)…dan uniknya,mereka mempunyai kod nama masing-masing.Jadi,tidak perlulah mereka mengeja satu-persatu abjad untuk nama mereka.Mereka juga disediakan kemudahan asrama since sekolah ini satu-satunya sekolah khas di Kelantan.Bayangkan..semuda 6/7 thn (darjah 1)sudah berada diasrama..dan menurut guru mereka..apabila sudah 2 minggu,mereka mula menangis rindukan ibu bapa masing-masing…saat itu..hati aku turut menangis(T-T)..YA ALLAH..betapa tabahnya mereka… diusia sebegitu muda,kanak-kanak yang sebaya mereka….berada disamping ibu bapa masing-masing,ke sekolah dijemput,ketika pulang dijemput..tapi mereka??


~kami dan mereka~


~group 3~





Daripada Abu Said al-Khudri,Nabi S.A.W. bersabda..”seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar”…Semoga kesabaran mereka akan kehilangan nikmat mendengar dan bercakap akan dihadiahkan sesuatu yang lebih berharga dari ALLAH.

“YA ALLAH aku pohon pada –Mu semoga mereka berjaya dunia dan akhirat,menjadi anak yang soleh dan solehah dan bermanfaat kepada agama,bangsa dan Negara…”

come back!!!!

assalamualaikum....

setelah sekian lame..hari ni baru berkesempatan balik nak "usha" blog..mcm byk je "sawang"...aish..bukan ape..coz terlupa ID dek kerana terlalu byk perkara nak di prioritizekan..huhuhu

Anyway..lagi 2 hari..kami yang posting ENT akan menghadapi ENT end of exam posting...harapnya..semua lulus...Ameen..

Erm..tetibe blur..xtaw nak tulis ape dah..heheheh..
...oklah..wassalam...

p/s:utk semua all da best...HE KNOWS WHAT THE BEST FOR US..just continue praying...and praying...(^-^)

aduish...

Hari ini dalam sejarah.case presentation yang hanya sekerat jalan.she just left us when we can't answer the question...kami di gantung x bertali..tapi...memang silap kami..not enough preparation before come to the class.Basic question yang diajukan dibiarkan sepi tanpa jawapan..pengalaman hari ni saya ambil,jadikan sebagai peringatan kepada diri untuk masa akan datang....

khas untuk sahabat case presentation...percaya pada diri...jangan cepat melatah...never say no...jadikan pengalaman td sebagai peringatan dari ALLAH supaya kita tidak lupa the actual niat..."to be a safe muslim doctor"...

semoga dipermudahkan ALLAH segala urusan yang mendatang...

depression like syndrome

Assalamuailaikum...

Agak lama diri ini menyepi...dengan keterbatasan masa yang ada,sukar untuk diri ini meluangkan sedikit masa untuk 'mengupdate' blog.Priority harus di dahulukan...

Pejam celik,pejam celik.hanya tinggal 2 minggu je lagi utk perpindah ke posting paed..Hanya tinggal seminggu lagi utk end of posting assessment.Hm..mampukah aku???Menurut senior..posting O & G adalah killer posting with a lots of killer examiners(bukan nak menakutkan diri ini dan kawan-kawan,tapi sebagai langkah berjaga-jaga)...but we can handle the killer with knowlegdeable bullets.....

setiap kali clinic n case presentation sessions,terasa seperti banyak lagi yang yang kita x tahu..dan terasa banyak lagi belum di cover .padahal masa utk exam dah tak lama..saat itu...depression like syndrome start to haunt you...kiri kanan,members asyik dengan buku n patients..dan terasa tiada tempat untuk mengadu....jgn lupa...kita masih ada DIA...tapi adilkah kita jika hanya mengingati DIA dikala susah sahaja???tepuk dada tanya iman...

pesanan buat diri dan sahabat,walau sesibuk mana pun kita,jangan lupa kita masih ada tanggungjawab yang lebih penting sabagai hamba-NYA.Jangan pernah melupakan DIA walau apa pun kondisi kite...gembira,suka duka,kecewa,depress dan sebagainya...

"Dengan mengingati ALLAh, hati akan menjadi tenang....."

Let's Click

..::AbOut mE::..



nUr dALiLaH bT mOHd zIn
uNivERsiTi SaInS mALaySIa
kAMpuS kEsIHataN
mEdicaL sTudeNt

GmAiL:elaheiman


YM