TIPS ADAB MUSLIMAT BERURUSAN DENGAN MUSLIMIN

..Sebagai wanita/perempuan/muslimah..sometimes kite jugek akan terpk..adakah tindakan aku betul bile berbicara dgn lelaki/muslimin??..post kali ni just nak share something..wlwpun sedikit..mungkin akan memberi impak yg sgt besar untuk kite..ke arah peribadi yang lebey baek...sebelum tu..nak mtk izin dari phak yg terlibat untuk berkongsi sedikit ilmu..semoga ianya menjadi panduan kepada kite..(peringatan utk diri juge..)

penulis :mufidah
editor :azzahra_solehah

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi.
Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani
oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan
hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka.
Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang
untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam
hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation
kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya
minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium
perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh
:maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu,
tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain
yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan
yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya
keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain
jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam
berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini
ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga
menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti
mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.
Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita
sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH!
Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik
kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut,
banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan
lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada
panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication
skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person
you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan
sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang
berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati”
itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali
Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada
isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan
hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana
kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan
dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para
sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm
kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan
apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam
Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah
pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada
students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team
lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So,
apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak
payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat
lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah
secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali
sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH
dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan

orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.



Let's Click

..::AbOut mE::..



nUr dALiLaH bT mOHd zIn
uNivERsiTi SaInS mALaySIa
kAMpuS kEsIHataN
mEdicaL sTudeNt

GmAiL:elaheiman


YM