~UkHuwAh iTu iNdaH~

Assalamu’alaikum


Tiba-tiba hati terdetik..agak lama saya tidak menjengah blog..lately sedikit sibuk dengan pelbagai hal….

Hm…tadi…tanpa diduga..saya mendapat panggilan telefon dari orang jauh..(jauh ker???)..panggilan yang dibuat dari Aceh.Hati gembira tak terkira.senyum lebar sampai ke telinga…hehe..walaupun hanya sekejap,terubat juga rindu dihati..maklumlah bukan murah membuat panggilan dari sana..lagipun yang membuat panggilan itu anak yatim dari dayah daruzzahidin..Hati ini terdetik..Alhamdulillah ingatan mereka terhadap kami masih utuh



Kami ke dayah untuk mengadakan satu perkongsian
yang terdiri daripada pemeriksaan kesihatan,ceramah dan demonstrasi mencuci tangan dan menggosok gigi.

Disana,anak-anak yatim tidak begitu aktif seperti anak-anak yatim di Asrama Anak Yatim Johor(AAYJ).Mungkin mereka masih kekok dengan kami dan perlukan sedikit masa untuk beramah mesra.

Sepanjang separuh hari berada di dayah,saya dapat perhatikan kemudahan disini serba kekurangan jika hendak dibandingkan dengan AAYJ.Tapi mereka masih mampu tersenyum dan tidak merungut.Mensyukuri dengan nikmat yang ada.


Di dayah…populasinya tidak hanya dihuni oleh anak yatim,tapi turut juga dihuni oleh pelajar miskin dan bermasalah.Di sini mereka berganding bahu dan bekerjasama dalam pelbagai hal.Mereka turut menimba ilmu dari tempat yang sama disediakan oleh pihak pengurursan dayah.Kalau di Malaysia dayah ni ala-ala sekolah pondok kot….


Kemasukan mereka di dayah adalah melalu sesi temuduga.Dalam temuduga itu akan ditanyakan soalan berkaitan agama dan dikehendaki mengalunkan bacaan Al-quran.(Kalau kat Kelantan,masa nak masuk sekolah Maahad Muhammadi(P) pun saya melalui ujian seperti ini).Patutlah ketika majlis kata-kata aluan,ada seorang pelajar dayah yang mengalunkan bacaan al-quran yang saya kira sangat gemersik dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

bertukar alamat sebelum pulang

Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.Sebelum kami bepisah,hati bertambah sayu.Kami bertukar alamat dan nombor telefon.Saya terkejut tiba-tiba salah seorang dari mereka,Nor namanya.Dia meminta sekeping gambar dari saya.Dalam terpinga-pinga saya mencari..alhamdulillah ade jugak sekeping gambar passport.Walaupun itu gambar form 5,tapi bolehlah..daripada tak de langsung kan?..(^ -*)..Yang pasti memori bersama di dayah insya allah akan sentiasa terpahat dihati.

“Indahnya pautan ukhwah ini, tautan iman dan ikatan hati ini .. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”

bergambar kenangan sebelum pulang

Hadith Rasulullah SAW:

“seorang muslin adalah saudara bagi muslim lainnya,ia tidak menzalimi dan tidak pula menyerahkannya,barang siapa yang membantu saudaranya yang membutuhkan maka Allah akan membantu kebutuhannya,dan sesiapapun yang membiarkan saudara muslimnya dalam derita,maka Allah akan membiarkannya dalam kesengsaraan di hari kiamat dan barang siapa yang menutup kekurangan saudar muslimnya maka Allah tutupi kekurangannya di hari kiamat kelak"

yAkInLah pAda-NyA


Assalamu'alaikum

Hm...kali ini hati ini tetarik untuk berkongsi tentang karya terbaru Hlovate..Rooftap Rant.

Bagi sahabat yang pernah atau memang tak pernah miss karya beliau pasti tahu corak penulisannya yang santai dan selamba tapi penuh dengan mesej keagamaan.Uslub dakwah yang digunakan sangat sesuai untuk menarik anak muda zaman sekarang mendekati agama.

Hikayat Rooftap Rant mengisahkan tentang kehidupan Trisy,seorang remaja yang seringkali diduga.Lahir dalam keluarga berada tidak menjamin kebahagiaan yang didambakan.Trisy kekurangan belaian kasih sayang bahkan dia tidak pernah dididik tentang Islam walaupun lahir dalam keluarga yang beragama Islam.Islam pada nama je..... Seringkali Trisy bertindak bodoh dengan cuba membunuh diri.Tapi Allah masih memberi peluang Italicpadanya untuk mencari kebenaran.Segalanya berubah apabila Trisy dihantar untuk tinggal dengan opah,atuk dan paksunya.Paksu individu yang bertanggungjawab membawa Trisy ke jalan yang diredhai dan mengenal erti kehidupan yang tidak pernah lekang dengan dugaan dari-Nya.Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 29:

"Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?"

Sahabat,hidup ini tak selalunya indah,tak selalu ada pelangi.Kalau nak kata a bed of roses pun,durinya tetap ada.Kadang-kadang calamity tu datang.Waktu tu rasa macam kene gelek ke bumi dek orang sumo aje..rase macam dah tak mampu nak bangkit.Tapi walau apapun..ingatlah Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu....



"Kami tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala(drpd kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat seksa(drpd kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa):Ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami,janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami,jangan engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami;ampunilah kami;dan rahmatilah kami.Engkaulah penolong kami,maka tolonglah kami tehadap kaum yang kafir"(Al-Baqarah:286)

Dan bila kita rasa dah sungguh-sungguh,tak tahu hendak wishing for penamat hayat....pun Allah ada bagi cara-cara nak hadapi.

"None of you should long for death because of calamity that had befalled him;and if cannot,but long for death,then berdoalah,"Ya Allah let me live as long as life is better for me,and take my life if death is better for me"(Sahih Bukhari)
Tapi janganla pulak kita mendoakan untuk dipercepatkan mati.Ini hanya kalau things is too much to bear.Mohonlah pada Allah untul dilapangkan dan dipermudahkan setiap urusan..Allah itu dekat je ngan kita....

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku.Maka(jawablah),bahawasanya aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepda-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran"(Al-baqarah:186)

My dear friends,no matter what,no matter when,no matter when it doesn't at all make sense,DO NOT leave your LOVE LETTER'S COMPILATION(kita punya the Ultimate Life Manual,Holy Quran).It is the last thread to sanity even if everything else failed.



Tapi,mesti ada yang berkata.."things are easier said than done"...erm..betulla tu...Tapi yakinlah kepada Dia...sentiasalah rujuk Love letter's compilation tu...semoga kita menjadi mukmin yang soleh dan mukminah yang solehah....

dUgAaN uTk DikONgsI

Assalamu’alaikum

Dua hari yang lalu,saya ada menonton rancangan Anjakan Paradigma yang diacarakan oleh Dato’Dr Fadzillah Kamsah bersama tetamu jemputan beliau Mohd Ariffin (Hijjaz).Hati ini tiba-tiba tertarik dengan topic yang dibicarakan “eeee…geramnya!”..sangat kene pada diri ini.Apa tidaknya..sejak 3 bulan kebelakangan ini.saya dan keluarga diduga..Abah,tempat kami bergantung diuji oleh Allah.Abah diuji dengan kakinya gangrene@diabetic foot dan sebelah badannya stroke.Jadi sebagai anak yang paling tua berada dirumah dan kebetulan pula universiti saya terletak tidak jauh dari rumah,sayalah yang mengambil alih tugas Abah.


sesiapa yang akan beroleh kebaikan dari Allah,lebih dahulukan dirinya cubaan”

(Riwayat Bukhari dam Muslim)


Sudah menjadi kebiasaan agaknya,orang yang sakit ini mempunyai banyak karenah.Pernah diri ini terfikir macamana dengan pengajian aku?Exam?Kadang-kadang hati ini meronta...hanya kata-kata semangat dan kesabaran menjadi pengubat hati.Tapi bila difikirkan balik…bila lagi nak berbakti kepada orang tua..lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka sangat memerlukan kita.Bagi sahabat yang pernah merasai pengalaman menjaga orang tua yang sakit,mesti pernah kan terfikir.."kenapa asyik-asyik aku aje”…apa kata kali ni tukar sikit …."kenapa bukan aku??”Jaga orang sakit ni sebenarnya adalah hadiah dari Allah..hanya yang insan terpilih sahaja yang dapat merasainya….


Dato’ Dr ada berkongsi beberapa tips bagaimana cara berhadapan dengan orang sakit.Antaranya:


  1. Perkara yang paling penting adalah,memastikan diri sendiri sihat,supaya nanti ada kekuatan untuk jaga orang sakit
  2. Tukar paradigma terhadap sakit…Anggap sakit sebagai anugerah Allah.Nabi pernah bersabda "sesungguhnya penyakit itu adalah dosa”..dan ada pula ulama meriwayatkan.." beruntunglah orang yang sakit sebelum mati”…
  3. Carikan pakar untuk mengubati penyakitnya…ini kerana “semua penyakit ada ubatnya kecuali mati”.Cari pakar yang sentiasa positif.Tidak salah memberi harapan kerana dengan harapan boleh menaikkan semangat pesakit untuk sembuh.
  4. Dalam merawat orang sakit,pastikan hati sentiasa bersih,barulah orang yang dijaga cepat sembuh kerana mendapat getaran positif dari penjaga.Sentiasalah baca quran,bersedekah dan beristigfar.Nabipernah bersabda.."sesungguhnya syatian sangat benci pada satu perkataan iaitu astagfirullahalazim”
  5. Berdoa untuk peroleh kekuatan,semoga dapat menjaga orang sakit dengan ikhlas dan redha
  6. Sentiasa hadiahkan senyuman yang paling ikhlas,berikan sentuhan yang penuh kasih sayang kerana senyuman dan sentuhan boleh menjadi terapi kepada orang yang sakit
  7. Cantikkan persekitaran dengan bunga-bunga yang pelbagai warna.Inilah asbab kebesaran Allah.Bungan bukan sekadar cantik.tapi baunya boleh digunakan sebagai aromaterapi
  8. Kajian di negara barat-untuk menggembirakan orang sakit,bawaklah orang tersayang @ haiwan kesayangan,dengarkanlah cerita-cerita @lagu-lagu nostalgia yang gembira.Ini kerana apabila pesakit gembira,hormone endorphin akan dirembes,memudahkan lagi proses penyembuhan

Rasanya cukup setakat ini dulu…niat mencoretkan perihal ini bukan untuk meraih simpati atau menonjol kebaikan diri,tapi sekadar satu perkongsian untuk semua…


Sebelum terlupa….”Abah…selamat hari bapa!sambutannya bukan untuk hari ini sahaja tapi tiap-tiap hari,selagi hayat dikandung badanSemoga Abah cepat sembuh dan dikurniakan kesabaran menghadapi ujian Allah ini.Tahniah kerana menjadi abah yang terbaik untuk kami…”…(^-^)


sesiapa yang memberikan syafaat(pertolongan) yang baik,nescaya ia akan memproleh bahagian daripadanya,dan sesiapa yang memberikan syafaat(pertolongan) yang buruk,nescaya ia akan mendapat bahagian(dosa) daripadanya.Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

(Surah An-Nisa’:ayat 85)


~abah suatu ketika dahulu~

kIsAh bEnAr kEkUaSaaN Allah

Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah,usai ‘touched up’ blog,tiba-tiba hati sayu…teringatkan aceh.Kuat sungguh tarikan aceh.Pengalaman yang diperoleh dan ukhuwah yang terjalin disana tidak boleh ditukar ganti.Tidak rugi kami bekerja keras untuk mendapatkan dana.Sangat tepatlah kata pepatah "setiap yang pahit itu,pasti ada manisnya”

Sepanjang program kebajikan kami di aceh,antara tempat yang kami lawati adalah:

  • Kapal apung PLTD
  • Friendship village of Indo-china
  • Kapal tsunami lampulo
  • Makam syiah Kuala
  • Masjid baiturrahman
  • Monument kubah masjid al tsunami
  • Masjid rahmatullah di Lampuuk
  • Pasar atjeh

Kesemua tempat yang dilawati ini ada kisah mereka yang tersendiri dan tempat-tempat ini juga adalah kawasan tinggalan tsunami yang boleh dilihat sehingga ke hari ini.Tempat ini juga banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada kita tentang kekuasaan dan kebesaran Allah.

Dalam entry kali ini,saya tertarik untuk berkongsi pengalaman seorang mangsa tsunami yang terselamat dengan berlindung di dalam kapal tsunami lampulo.


~serba sedikit tentang kapal ini~


Kisah bermula……

“Pada suatu pagi,kira-kira jam 8.45, saya merasai satu gegaran.Semua barang didalam rumah bergoyang.Saya dan keluarga terus bergegas keluar dari rumah dan berkumpul di bahagian hadapan.Jiran-jiran turut berkumpul.Suasana bertukar gamat.Tiba-tiba terdapat sekumpulan manusia berlari-lari ke arah kami.Mereka berteriakan….Lari…Air Laut Pasang..Lari…..Kami kaget…Tidak pernah air laut pasang sehingga ke kawasan kami.Tanpa berfikir panjang,saya,keluarga serta beberapa jiran yang lain berlari masuk ke rumah saya yang kebetulannya jenis rumah 2 tingkat.Kami terus ke tingkat atas.Saya adalah org terakhir yang masuk ke dalam rumah.



~inilah rumah 2 tingkat yang dimaksudkan~



Ketika menaiki anak tangga,air sudah mula kelihatan….seolah-olah mengejar kami.Dalam masa 5 minit,air sudah memenuhi ruangan tingkat atas rumah.Ketika itu pelbagai fikiran menerpa diminda kami…ada yang mengatakan Kiamat sudah hampir…tanpa berlengah,kami saling bermaafan…kemudian,saya terfikir,jikalau aku naik ke atas atap,mungkin aku akan selamat…tapi bagaimana dengan mereka yang bersama ku ini.Di ruangan yang tidaklah sebegitu besar itu,terdapat kira-kira 54 orang.mana mungkin aku dapat selamatkan kesemua mereka?...saya bergerak ke pintu rumah.Apabila pintu dibuka,saya lihat keadaan sekeliling menjadi seperti lautan.Tiba-tiba muncul sebual kapal menuju ke arah kami.Jika diikutkan,kapal itu akan melanggar kami,tapi kapal itu terpesong sedikit lalu melanggar bumbung.Kami fikirkan itu adalah kapal penyelamat.Kemudian,satu persatu dari kami naik ke atas kapal.Anehnya,kami dapati kapal itu kosong dan kapal itu tidak bergerak kerana tersangkut.Jadi,kami terperangkap didalam kapal itu.Ketika menerokai kapal itu,saya terjumpa sebuah beg,Didalam beg itu mengandungi sebilah parang,pakaian kanak-kanak dah jag air yang kosong.Pakaian itu diberikan kepada kanak-kanak yang basah kuyup.Hari sudah menjelang tengah hari,masing-masing lapar dan dahaga,maklumlah,kami tidak sempat bersarapan.Alhamdulillah dengan kuasa Allah,kelihatan 7-10 biji buah kelapa hanyut dan menghampiri kapal kami.Ada hikmah disebalik sebilah parang dan jag kosong itu.Dapat kami gunakan untuk mengisi air kelapa.Tengah hari itu kami mengisi perut dengan minum air kelapa dan makan isinya.Selama 7 jam terperangkap di dalam kapal,gelombang tsunami datang menghambat kami.Tanpa berlengah,saya terus menghadap ke arah gelombang itu dan melaungkan azan…Seperti memahami maksud azan itu,dalam jarak 100meter dari kami, gelombang itu berpecah dan menjadi tenang.1 jam kemudian,gelombang datang lagi.Kami tidak henti-henti melaungkan azan.Kira-kira 6-7 gelombang yang datang menerpa.Setelah gelombang tiada kelihatan banyak mayat terapung dan hanyut.Ada yang masih hidup meminta tolong untuk diselamatkan.Mereka yang sempat kami capai berjaya diselamatkan.Lebih kurang jam 4 ptg,air mulai surut sehingga aras pinggang.Kami bertindak keluar dan terus menuju ke pusat Bandar.Disitu kami berpisah…ada yang menuju ke rumah sakit dan ada ke kampung masing-masing.Saya dan keluarga terus ke kampung kami di luar daerah tsunami.Alhamdulillah saya dan keluarga terselamat…”

Walaupun sudah hampir 5 tahun bencana itu berlaku,tapi ia masih segar di igatan bagaikan semalam ia terjadi.Aceh pasca tsunami banyak mengalami perubahan.Setelah tsunami banyak pembangunan infrastruktur dilakukan malangnya,hanya sedikit pembangunan rohaniah dan agama.Maka tidak hairanlah apabila semakin banyak masalah social timbul selepas tsunami.

Beliau berpendapat cerita daripada peristiwa tsunami patut disebarkan agar dapat dijadikan pengajaran dan ikhtibar untuk generasi yang akan datang.Ini hanyalah peringatan kecil dari Allah agar kita tidak terus leka dengan nikmat dunia




~ni gambar pakcik yang terselamat tu..(baju belang merah)~

~tanda kekuasaan ALLAH~



~subhanallah~

Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yang datang pada pagi hari ketika mereka sedang bermain?atau apakah mereka merasa aman dari siksaan Allah (yang tidak terduga-duga)Tidak ada yang merasa aman dari siksaan Allah selain orang-orang yang rugi”

Al-A’raf:ayat 98-99

Wallahu’alam

pembuka bicara

assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah.S.W.T kerna masih diberi kesempatan untuk melakar suara hati,pengganti bicara di ruangan serba indah ini.

kerana keterbatasan masa,tak banyak yang dapat dicoretkan dalam entry mukadimmah ini.

harapannya semoga ruangan ini memberi manfaat kpd semua dan semoga langkah ini tidak terhenti di pertengahan....
~semoga dipermudahkan setiap urusan~
p/s:maap seandainya bahasa sedikit tunggang langgang..al-maklumla...kelahiran sulung(^-^)

Let's Click

..::AbOut mE::..



nUr dALiLaH bT mOHd zIn
uNivERsiTi SaInS mALaySIa
kAMpuS kEsIHataN
mEdicaL sTudeNt

GmAiL:elaheiman


YM