dOctOr in thE mAkIng


Syukur…Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan saya nikmat masa lapang.Semoga nikmat ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin.Menyepi seketika kerana terdapat pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan…Buat pengetahuan sahabat,semester baru sudah bermula…

“semakin banyak awak belajar,semakin banyak yang awak tak tahu”..masih terngiang lagi kata-kata cikgu sekolah menengah dulu..Betolla..sekarang ni walaupun sudah di tahun 4. tapi masih banyak rupanya tak tahu...setelah melalui hari pertama dan hari kedua sebagai 4th year student…hanya tuhan je yang tahu perasaan ini.Penat +letih +blur + takut + inferior + get scolded(tapi Alhamdulillah..belum lagi..huhuhu)dan macam-macam lagilah.

Alhamdulillah,tadi setelah selesai ward round bersama specialist,Dr Adibah dari O & G department,perasaan takut beransur hilang..Kata-kata beliau sebelum menamatkan sesi tadi semacam menyuntik semangat baru dalam diri ini.Mana taknya..kadang-kadang saya terfikir..betul ke pilihan aku?Tapi Alhamdulillah Allah permudah segala urusan disini…

Life as 4th year medical student sangat exhausted..Lebih-lebih lagi kalau posting
O &G..Tapi,kepenatan yang dirasai hilang apabila mendengar tangisan si kecil yang comel membuka mata melihat dunia luar.Setiap kali itu jugaklah suara azan atau iqamah dilaungkan oleh si bapa ke telinga si anak…Ya Allah..betapa hebatnya ciptaan-Mu.Kesakitan yang ditanggung oleh si ibu seakan hilang apabila menyambut si anak yang dihulurkan oleh misi yang bertugas.

Tak dapat bayangkan bagaimana kesakitan yang ditanggung oleh ibu ketika melahirkan anak.Dan apabila besar si anak tegar melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengguriskan hati ibu,ada yang lebih teruk lagi sanggup mencederakan si ibu jika apa yang dihajati tidak dapat dipenuhi.Nauzubillahiminzalik..semoga kita semua dijauhkan dengan sifat seperti itu….

Hm..entry kali ini mungkin sampai disini dulu.Tak banyak dapat dikongsi..Doakan semoga diberikan kelapangan oleh Allah..

p/s:To all medical student 4th year especially posted at O & G department (Team C)….wish u happy posting and enjoy learning... .May Allah bless us..Don’t forget our Niat…(^-^)

0 comments:

Post a Comment

Let's Click

..::AbOut mE::..



nUr dALiLaH bT mOHd zIn
uNivERsiTi SaInS mALaySIa
kAMpuS kEsIHataN
mEdicaL sTudeNt

GmAiL:elaheiman


YM